*KONG Cho Ha beramah mesra dengan tiga penerima lesen OKU, dari kiri, Ho Chee Keong, David Thistle Devasahayam dan Law Doung Yew pada Majlis Penyampaian Lesen OKU dan Lesen Vokasional bentuk baru di JPJ Seri Manjung, Perak, semalam. |
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
LUMUT, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Berkuat kuasa hari ini, golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan fi memperbaharui lesen motosikal dan bayaran ujian memandu RM10 dihapuskan.
Mereka hanya dikenakan bayaran minimum RM2 manakala pengecualian fi memperbaharui lesen memandu kereta pula akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei ini.
Ketika mengumumkan berita baik itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dianggarkan lebih 230,000 OKU yang memiliki lesen memandu di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada inisiatif program touch point kepada rakyat itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment