My Add

Wednesday 27 March 2013

YSK, PKK diwujud atasi isu kekeluargaan

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Yayasan Sokongan Keluarga (YSK) dan Pusat Khidmat Keluarga (PKK) bakal diwujudkan bagi menambah baik dan memperkukuhkan lagi peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, jika peranan BSK hanya tertumpu kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah, YSK dan PKK pula akan lebih menjurus kepada isu kekeluargaan secara umum.

"YSK dan PKK ini akan menjadi pelengkap kepada BSK itu sendiri kerana matlamat cadangan penubuhan ini bagi menangani permasalahan kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga.

"Dua badan ini juga bertujuan mengurangkan krisis rumah tangga di negara ini," katanya ketika berucap dalam Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment