My Add

Wednesday 27 March 2013

Agensi Inovasi Malaysia sedia bantu golongan berpendapatan rendah

CYBERJAYA, SELASA, 26 Mac, 2013: Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bersedia membantu golongan berpendapatan rendah yang ingin berkongsi model perniagaan atau aktiviti pemenang pertandingan cabaran Gigih mendapatkan pembiayaan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Mark Rozario berkata, program tersebut sememangnya dihasilkan bagi membantu golongan tersebut keluar dari kepompong kemiskinan dengan mendapat bimbingan pemenang pertandingan tersebut.

"Pihak kami tidak menyediakan bantuan kewangan secara langsung tetapi bersedia membantu dengan mendapatkan khidmat penyedia kewangan dan agensi kerajaan lain untuk bekerjasama menolong mereka ini.

"Pada masa sama, kita juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak lain untuk berusaha mencari dan melibatkan golongan ini dengan aktiviti atau perniagaan tertentu bagi menambah pendapatan isi rumah," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment