My Add

Tuesday 30 April 2013

Adakah DAP jujur dengan Pas?

 
KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Penceramah bebas, Rujhan Abd. Rahman atau 'Ustaz Rujhan' (gambar) mempersoalkan kejujuran DAP untuk bekerjasama dengan Pas sedangkan pada masa sama mereka menolak perjuangan menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata, DAP secara lantang menolak penubuhan negara Islam hingga memaksa Pas menukar perjuangan mereka yang sebelum ini mahu menubuhkan sebuah negara Islam yang hakiki kepada negara kebajikan.

Menurutnya, Pas yang kemaruk kuasa hanya menutup telinga apabila DAP tanpa henti membantah pelaksanaan hukum hudud di negara ini sekiranya mereka menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Sehinggakan kita melihat, DAP mengatakan apabila mereka tidak bersetuju, Pas juga tidak boleh melaksanakan.

"Jadi, bagaimana mereka berpakat dengan dasar yang dibawa oleh Pas sedangkan perkara itu tidak diterima oleh DAP hingga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar bahawa hudud bukan agenda utama parti itu," tegas beliau ketika berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Umum Ke-13 di Taman Metropolitan, Persint 9, Putrajaya, Sabtu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment