Hilmi Ismail |
IPOH, ISNIN, 29 April, 2013: Pakatan pembangkang tidak mampu memberikan jaminan kepada kelangsungan keselamatan rakyat dan pembangunan jika memerintah negara kerana mereka mengamalkan politik balas dendam.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan pemimpin pembangkang mengugut untuk menangkap dan menukarkan pemimpin kerajaan yang tidak selari dengan mereka dikhuatiri boleh menjerumuskan rakyat di bawah pemerintahan kuku besi.
Menurut beliau, di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), rakyat masih ada ruang untuk bersuara kerana kerajaan tidak mengambil tindakan menghukum seseorang secara sesuka hati, tetapi mengikut lunas undang-undang termasuk kes melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kalau pakatan hendak mengumpulkan semua kesalahan lama, boleh cari banyak mana salah. Ini satu trend yang tidak baik dan tidak melambangkan satu pakatan yang boleh memberikan jaminan kepada kelangsungan hidup rakyat dan pembangunan negara.
"Jelas, selain tidak mempunyai hala tuju bagi pembangunan negara, pakatan pembangkang ada perasaan dendam kepada sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka. Kalau beginilah sikap pembangkang, negara boleh porak-peranda andai mereka menang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu ceramah di Kluang, Johor kelmarin dilaporkan mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan menghadapkannya ke mahkamah kerana didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat parti itu, Lim Kit Siang sebagai mengamalkan perkauman.
Beliau turut mengugut memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya tidak berkaliber dan menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Mohd. Hilmi berkata, walaupun selama ini memperoleh majoriti dua pertiga, kerajaan BN tidak pernah mengambil kesempatan untuk menindas pihak lawan, sebaliknya memastikan keselamatan semua rakyat tanpa mengira ideologi mereka.
Katanya, Karpal juga pernah melakukan kesalahan apabila mendakwa Anwar sebagai peliwat dalam Parlimen pada 1997 dan tidak menarik balik kenyataannya itu sehingga hari ini, tetapi kerajaan BN tidak mengambil tindakan terhadapnya di luar peruntukan undang-undang.
"Itu bezanya antara parti bersedia menjadi pemerintah dengan yang sebaliknya. Semua trend pembangkang adalah di luar norma-norma sebuah kerajaan.
"Dengan itu, jelas bagi saya, pembangkang tidak bersedia menjadi pemerintah. Bahkan, dari segi manifesto pun boleh merosakkan negara dan pemimpin mereka tidak bersatu," ujarnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment