My Add

Tuesday, 30 April 2013

DAP perlu jawab isu 'pengundi hantu' CEC

TAN TUAN TAT 
KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu berhenti mengelak menjawab pelbagai isu yang melanda parti itu sejak pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) tahun lalu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, Guan Eng harus tampil menjelaskan kepada orang ramai mengenai pelbagai khabar angin negatif terhadap parti itu terutama mengenai kemunculan 'pengundi hantu' dalam pemilihan tersebut.

"Ramai ahli DAP kini tertanya-tanya mengenai kontroversi pemilihan CEC itu antaranya sama ada wujud delegasi tidak sah yang turut mengundi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini mendedahkan parti itu gagal memaklumkan kepada 753 daripada 2,576 ahlinya untuk menghadiri pemilihan CEC berkenaan pada 15 Disember tahun lalu.

Selain dicemari khabar angin tentang kemunculan 'pengundi hantu', pemilihan CEC DAP itu turut dikejutkan dengan insiden salah kira undi.

Dalam pada itu, bekas Ketua DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy berkata, sebagai pemimpin parti yang bertanggungjawab, Guan Eng perlu tampil memberi penjelasan menyeluruh berhubung kontroversi pemilihan tersebut.

"Keengganan berbuat demikian menunjukkan Guan Eng pemimpin yang sombong," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment