My Add

Tuesday, 30 April 2013

Nurul Izzah tidak layak menjadi pemimpin - Mohd. Fareez

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam meminta pihak pimpinan dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta pakatan pembangkang sedar mengenai sikap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mohd. Fareez berkata, Nurul Izzah bijak memanipulasi keadaan dan rakyat dengan berbekalkan peribadi santun dan Islamik sedangkan pada hakikatnya moral beliau adalah sangat buruk.

Berikut kenyataan penuh Fareez:

l Menjelang seminggu sebelum menghadapi 5 Mei ini, ingin saya tegaskan sekali lagi agar pimpinan dan penyokong PKR dan pakatan pembangkang amnya sedar suatu hakikat mengenai Nurul Izzah, Naib Presiden PKR bahawa:

l Beliau adalah seorang yang sangat bijak memanipulasi keadaan dan rakyat dengan berbekalkan peribadi santun dan Islamik walhal hakikatnya moralnya adalah sangat buruk. Hatta, beliau tidak sepatutnya layak digelar seorang pemimpin pun.

l Mungkin watak belaannya ini diwarisi daripada ibunya Puan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kedua-duanya adalah hipokrat yang terus-terusan mempergunakan harapan dan keterdesakan rakyat demi kepentingan politik peribadi.

l Umat Islam harus kenang kembali bahawa Nurul Izzah secara terbuka pernah menyokong pelaksanaan akta kebebasan beragama dan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) andai pakatan pembangkang menang kelak.

l Sebagai seorang Islam, setiap umat Islam sama ada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas, UMNO hatta DAP sekalipun harus sedar bahawa setinggi mana inspirasi politik, kedaulatan Islam tidak sepatutnya diinjak-injak sewenang-wenangnya.

l Bergelar ahli politik bukanlah pasport untuk melayakkannya untuk mempersoalkan hukum alam Islam. Watak si Judas yang meletakkan kepentingan peribadinya teratas seperti ini adalah tidak layak ditoleransi kerana kelak akan membinasakan agama dan ummah.

l Malahan, KPI khidmatnya kepada penduduk Lembah Pantai juga layak dipersoal. Mungkin beliau patut berhenti politik dan kembali ke kegiatan zaman universiti yang amat digemarinya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment