My Add

Tuesday 30 April 2013

Perjuangan Pas hancurkan Islam

 *ABDULLAH Sa’amah menunjukkan blog yang memfitnah beliau kononnya mengalami strok akibat mengkritik Nik Abdul Aziz di Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR, ISNIN, 29 April, 2013: Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, perjuangan Pas adalah sia-sia dan batil kerana akhirnya akan menghancurkan ajaran suci agama itu akibat tunduk kepada DAP yang tidak mahu memberikan undi kepada calon parti itu.

Beliau berkata, langkah DAP meminta agar bukan Islam tidak mengundi calon Pas telah berlaku sejak dahulu dan terbaharu DAP Johor menggesa pengundi bukan Melayu menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Apa guna Pas, kerja sia-sia, menghancurkan Islam, hancurkan bangsa Islam, negara Islam, itulah hasil tahaluf siyasi bersama DAP.

“Ini akan menghancurkan kamu (Pas) sendiri, orang Islam dan ketuanan orang Islam. Jadi saya harap pengundi Pas faham, kita bangkit tolong orang Islam dengan cara bantu Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada Pilihan Raya Umum-13 ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez mengingatkan pengundi negeri itu khususnya bukan Islam agar menolak calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 memandangkan parti itu tidak konsisten dalam pendirian melaksanakan hukum hududnya.

Abdullah berkata, penolakan DAP terhadap calon Pas bukan baharu kerana berlaku pada pilihan raya lalu di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, ahli Pas cukup setia mengundi DAP di negeri-negeri itu menyebabkan calon parti itu menang tetapi calon Pas sendiri kalah kerana ahli DAP atau bukan Melayu tidak mengundi calon parti Islam itu.

Sementara itu, beliau berkata, taktik Pas menabur fitnah semakin menjadi-jadi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila hari ini beliau dikatakan diserang strok hingga mulut menjadi kaku.

“Alhamdulillah, saya masih segar, bertenaga dan tidak menghidap apa-apa penyakit tetapi mereka fitnah saya kena strok, tak boleh bercakap, mulut berbuih dan sebagainya.

“Inilah sikap Pas yang suka berbohong, menyebar fitnah dan mendoakan kebinasaan sesama Islam," katanya.

Fitnah tersebut tersebar dalam beberapa blog dan laman web milik penyokong parti itu yang mendakwa punca Abdullah terkena strok adalah kerana perbuatannya terlalu lantang mengkritik, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara itu, Abdullah menyifatkan deklarasi ijtimak Nadwah Ulama Pas sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini mengandungi hujah lapuk, mengelirukan dan memecahbelahkan umat Islam.

Beliau berkata, antara deklarasi itu ialah menuntut umat Islam mengubah pemerintah dalam pilihan raya kali ini dengan mengundi pakatan pembangkang berasaskan fakta dangkal, bukan kematangan ilmu, sekali gus merugikan Islam.

“Sepatutnya ulama Pas berhimpun untuk membetulkan dalaman pakatan pembangkang terlebih dahulu kerana adalah jelas DAP bertindak sebagai musuh agama Islam dan parti itu sendiri," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Pas juga perlu diperbetulkan kerana semakin teruk diresapi dengan fahaman syiah dan pandangan tidak mahu berpegang kepada mazhab dalam kalangan ahli parti itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment