Tarik balik jika ikut Khalifah Umar
PULAU PINANG, ISNIN, 29 April, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menarik balik cadangan agar kalimah Allah dibenarkan dalam Bible berbahasa Melayu jika beliau benar-benar mencontohi pentadbiran Khalifah Umar seperti didakwanya.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, mengamalkan corak pemerintahan Khalifah Umar bermakna Guan Eng wajar menghormati agama dan orang Islam meskipun tidak menganutinya.
Kalau orang Islam rasa tidak selesa, bermakna Guan Eng mesti tarik balik cadangannya itu kerana dia mencontohi pemerintahan Khalifah Umar walaupun dia bukan Islam.
Dia kena hormati tatasusila orang Islam bukan sahaja dari segi pentadbiran tetapi juga menyelami konsep Khalifah Umar dalam hal-hal lain sebaik mungkin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain itu katanya, ketiga-tiga pucuk pimpinan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga perlu membuat ketetapan jelas dalam isu berkenaan sama ada menyokong atau membantah penggunaan kalimah tersebut.
Menurutnya, perkara itu penting supaya umat Islam boleh membuat penilaian mengenainya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment