*MUSA Aman (tiga dari kanan) menyampaikan geran kepada wakil penerima geran tanah berkelompok dalam majlis di Telupid, Beluran hari ini. - BERNAMA |
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ketika berucap pada majlis penyerahan geran itu di sini berkata, geran secara berkelompok itu adalah bagi menjaga kebajikan penduduk sendiri kerana mereka tidak boleh menjual tanah berkenaan secara individu.
Penyerahan geran hari ini adalah fasa pertama, selepas ini ada dua lagi fasa dan ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini yang tinggal di kawasan tanah milik kerajaan negeri termasuk di kawasan hutan simpan, katanya.
Musa berkata, pewujudan Unit Khas Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mempercepatkan lagi urusan pengeluaran geran kepada rakyat yang tinggal lama di kawasan berstatus tanah kerajaan negeri.
Sementara itu, Ketua Kampung Wonod, Taikong Jawah berkata, pemberian geran tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di kampungnya.
Katanya mereka telah meneroka tanah itu sejak 30 tahun lepas dan mengusahakannya dengan tanaman getah serta sawit yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk.
"Pemberian geran tanah itu membuktikan BN menepati janji untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah penduduk kampung melalui pendekatan terbaik," katanya. Setiap penduduk menerima tanah seluas enam hektar.
Hadir sama ialah calon BN kawasan Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee; calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, Datuk Michael Asang; dan Datuk James Ratib (DUN Sugut). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment