My Add

Tuesday, 30 April 2013

Guan Eng digesa jelas isu 500 perwakilan P. Pinang

 DAVID DASS
SEREMBAN, ISNIN, 29 April, 2013: Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan dakwaan sebanyak 500 perwakilan dari Pulau Pinang hadir dan mengundi dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Menurut beliau, jumlah perwakilan dari negeri itu yang terlalu besar adalah tidak masuk akal memandangkan setiap cawangan DAP hanya berhak menghantar sekurang-kurangnya tiga perwakilan ke kongres kebangsaan.

"Ini bermakna, sebanyak 500 perwakilan yang dikatakan datang dari Pulau Pinang ini mewakili kira-kira 166 cawangan.

"Saya ragu-ragu dengan jumlah ini. Adakah ini cawangan baharu yang sudah didaftarkan atau tidak. Sekiranya tidak didaftarkan bermakna pemilihan CEC tidak sah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pendedahan terbaharu David Dass itu mengukuhkan dakwaan beberapa pemimpin DAP sebelum ini berhubung kemungkinan wujudnya pengundi hantu dalam pemilihan CEC tersebut.

Perkara itu juga ekoran pendedahan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini parti itu gagal memaklumkan kepada sebanyak 753 daripada 2,576 ahlinya untuk menghadiri pemilihan CEC tersebut.

Dalam pada itu, David Dass turut menyindir Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut bercakap mengenai isu di sebalik kongres berkenaan walaupun Perlembagaan DAP memperuntukkan kuasa tersebut kepada Setiausaha Agung parti.

"Tidak usahlah Guan Eng gunakan orang lain untuk bercakap. Adakah Karpal kini sudah bertukar status menjadi jurucakap kepada Guan Eng," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment