Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Pas dan DAP hari ini mengeluarkan kenyataan bersama dipercayai bagi meredakan kemarahan dan perasaan syak wasangka dalam kalangan ahli dan pemimpin akar umbi kedua-dua parti itu terutama selepas beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan menolak Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Walau bagaimanapun, kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dilihat sebagai skrip 'kitar semula' kerana langsung tidak menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan kontroversi yang melanda parti tersebut.
Menurut Guan Eng dan Abdul Hadi, kedua-dua parti itu kononnya berkongsi 95 peratus dasar perjuangan yang sama iaitu menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.
Namun, kedua-dua pemimpin pembangkang itu tidak menyebut mengenai baki perbezaan lima peratus antara kedua-dua parti yang dipercayai berkisar kepada agenda menegakkan negara Islam Pas termasuk pelaksanaan hukum hudud parti tersebut.
Jika benar baki lima peratus itu berkisar kepada persoalan tersebut, perkara berkenaan amat memalukan kerana Pas dilihat hanya memperuntuk ruang yang sangat kecil dalam kerjasama mereka dengan DAP bagi perjuangan negara Islam dan hukum hudud itu.
Perkara ini sekali gus membuktikan adalah mustahil bagi Pas melaksanakan hukum hudud mereka itu jika pembangkang berkuasa kerana dasar tersebut sendiri tidak diberi keutamaan dalam kerjasama mereka dengan DAP.
Dalam kenyataan bersama itu, Guan Eng langsung tidak menyebut peringatan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez kelmarin serta Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan hari ini yang menggesa pengundi bukan Islam tidak mengundi Pas dalam pilihan raya umum akan datang.
Hadi Awang pula dilihat mengambil jalan selamat dengan tidak mengulas hasrat Pas melaksanakan hudud jika pembangkang mengambil alih kerajaan kelak seperti ditegaskan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini.
"Untuk itu, manifesto pakatan pembangkang adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau menolak hak mana-mana bangsa, agama atau jantina," kata mereka dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan bersama itu diedarkan kepada pemberita dalam program kenduri rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji hari ini yang dihadiri Abdul Hadi, Haron, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin serta calon-calon pakatan pembangkang di bawah Parlimen Arau.
Kenyataan itu juga secara jelas menafikan agenda hudud Pas yang diuar-uarkan pemimpin parti tersebut bagi memenangi hati pengundi Islam kerana menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, hukum hudud Pas tidak termasuk dalam manifesto bersama pembangkang. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment