My Add

Tuesday 30 April 2013

PRU-13: 913 anggota tentera undi pos di Lebanon

Oleh HAFIZHAN RAHMAT

 *AHMAD Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (tengah) beramah mesra dengan sebelas anggota yang akan bertugas di Lebanon selepas sidang akhbar Majlis Penghantaran Kumpulan Wanita Kedua MALBATT 5 di Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: Proses undi pos sebanyak 913 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di Lebanon berjalan lancar dan dijangka berakhir esok.

Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, proses undi pos itu bermula semalam di Kem Ma'rakah, Barashit dan Harris manakala proses pengundian di Kem Tabnin dan MALCOY 8, Kaukaba masing-masing akan berlangsung hari ini dan esok.

"Kem Tibnin mencatatkan bilangan pengundi paling ramai iaitu sebanyak 540 anggota diikuti Kem MALCOY 8, Kaukaba sebanyak 360 anggota dan selebihnya di kem Ma'rakah, Barashit dan Harris," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Penghantaran Kumpulan Wanita Kedua Malaysian Battalion 5 (MALBATT 5) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Kamarulzaman berkata, Kumpulan Wanita Kedua MALLBAT 5 yang diketuai Kapten Puteri Haati Mustapha akan bertolak ke Lebanon esok bagi menggantikan kumpulan pertama yang akan menamatkan misi 7 Mei ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment