My Add

Tuesday 30 April 2013

DAP, Pas tidak akan capai persefahaman

SEREMBAN, ISNIN, ISNIN, 29 April, 2013: Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez supaya pengundi bukan Islam di negeri itu menolak Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 menunjukkan pertembungan ideologi antara Pas dan DAP yang tidak mungkin mencapai garis persamaan.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, walaupun DAP, Pas dan PKR cuba menunjukkan seolah-olah sentiasa bersatu sebagai satu pakatan, hakikatnya mereka mengalami pertembungan ideologi yang kronik.

"Mereka mempunyai ideologi yang berbeza antara satu sama lain dan hanya berpakat untuk berkuasa tetapi tidak mempunyai ideologi bersama,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pakatan juga, katanya, menghadapi masalah apabila keputusan hanya dibuat oleh beberapa kerat pemimpin atasan yang tidak mahu merujuk kepada akar umbi bagi mendapatkan pendapat.

"Mereka tidak mahu mendengar akar umbi dan sebab itu timbul masalah seperti yang dikatakan oleh Norman.

"Kita juga perlu lihat sejarah parti pembangkang yang sering berkahwin dan bercerai setiap kali pilihan raya akibat pertembungan ideologi ini," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment