My Add

Tuesday 30 April 2013

PRU13: Kenyataan Norman Fernandez tunjukkan belang sebenar pembangkang - TPM

 MELAKA TENGAH, ISNIN, 29 April, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Norman Fernandez yang meminta masyarakat Islam supaya tidak mengundi PAS menunjukkan belang sebenar pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan itu menunjukkan memang tidak ada kerjasama dan persepakatan antara DAP, PKR dan PAS.

"Jadi bila Timbalan Pengerusi Dap Johor itu meminta masyarakat Islam tidak mengundi pas bagi kita baguslah. Itu memang kita dah tahu kerana PAS sebenarnya tidak perjuangkan orang Islam.

"Disebabkan iti kerana tidak ada kesepakatan antara DAP, PAS dan PKR ini. Jadi mereka berasaskan kalau bagi undi (pada PAS) merugikan.

"Bagi saya bila dah dekat nak hari mengundi, kita nampak belang mereka. Bagaimana antara pembangkang itu tidak ada kerjasama, persefahaman dan permuafakatan.

"Jadi sebab itu kita dengar komen orang PAS yang marah pada DAP bila ia disebut," katanya selepas merasmikan projek membina jejantas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wen Hua di Batu Berendam, dekat sini tengah hari tadi. - BH

No comments:

Post a Comment