My Add

Tuesday 30 April 2013

Kenyataan Norman rugikan DAP - Harun Taib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 April, 2013: DAP akan menerima kesan paling buruk akibat kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang Pas tidak layak menerima undi beliau.

Menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, kenyataan itu bakal merugikan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, khususnya DAP.

Menurutnya, Pas adalah parti yang mempunyai kumpulan penyokong terbesar dalam pakatan pembangkang, justeru kenyataan Norman itu hanya akan membuatkan ahli Pas menolak untuk mengundi calon DAP.

"Mengikut situasi semasa, Pas mempunyai jumlah ahli dan penyokong terbesar dalam pakatan pembangkang.

"Saya merasakan DAP yang akan menerima kesan paling buruk atas kenyataan Norman dan bukannya kami (Pas). Disebabkan kenyataannya itu, calon DAP akan kehilangan undi daripada pengundi Pas," katanya seperti dipetik daripada artikel portal berita www.mole.my.

Menurut Harun, pihaknya tidak akan mendesak permohonan maaf daripada Norman atas kenyataannya itu, sebaliknya menyerahkan kepada DAP untuk mengambil tindakan sekiranya dirasakan perlu.

Katanya, kepimpinan Pas tetap akan berkempen untuk calon pembangkang pada pilihan raya umum kali ini termasuk DAP.

''Walaupun Norman menggesa masyarakat bukan Islam agar tidak mengundi calon Pas, tetapi bagi kami, Pas akan tetap berkempen untuk calon-calon pakatan pembangkang," katanya.

Beliau seterusnya menggesa rakyat negeri itu, khususnya bukan Islam untuk berfikir dengan teliti sama ada Pas berbaloi menerima undi mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment