Oleh NURULANUAR MANSOR
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Mei, 2013: Kekalahan Gerakan di negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berpunca kerana parti itu bukannya 'political salesman' (jurujual politik) seperti pihak pembangkang yang menabur janji-janji manis kepada rakyat.
Pengerusi GERAKAN negeri, Senator Kohilan A.Pillay berkata, parti itu serta Barisan Nasional (BN) sebaliknya menawarkan perkara yang perlu didengar oleh rakyat.
Katanya, sebagai jurujual politik, pengundi telah dimomokkan dengan pelbagai perkara sehingga mereka terlupa bahawa janji-janji itu amat sukar untuk dipenuhi.
"Sebagai parti yang bekerja untuk rakyat, kami telah berikrar akan terus memberikan khidmat di semua kawasan yang ditandingi walaupun tewas pada PRU-13 lepas.
"Prestasi buruk dalam dua PRU tidak akan melemahkan semangat kami malah kekalahan itu mengajar Gerakan untuk lebih memahami kehendak dan pemikiran rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai hala tuju partinya di Selangor, di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment