My Add

Tuesday, 21 May 2013

JKR siasat kejadian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas runtuh

HULU TERENGGANU, SE;ASA. 21 Mei, 2013: Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sedang menyiasat punca bumbung masjid Kampung Binjai Kertas di sini runtuh malam tadi.

Pengarahnya Datuk Shafii Mohamad berkata, pihaknya telah memanjangkan kes itu kepada JKR pusat di Kuala Lumpur untuk menghantar tenaga pakar bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden tersebut.

Katanya, kejadian runtuhan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerja pembinaan dan pemasangan masjid bernilai RM1.7 juta itu mendapat kelulusan JKR dan telah mengikut prosedur ditetapkan.

"Siasatan awal yang kami lakukan mendapati runtuhan itu melibatkan bahagian anjung di luar kawasan jemaah namun siasatan lanjut berhubung perkara ini akan dilakukan pasukan forensik dari Kuala Lumpur esok," katanya kepada pemberita semasa melawat tempat runtuhan, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment