My Add

Wednesday, 29 May 2013

JPO diiktiraf jenama terbaik peruncitan

JOHOR BAHRU, RABU, 29 Mei, 2013:` Johor Premium Outlets (JPO) telah diiktiraf sebagai Jenama Terbaik dalam Peruncitan - Destinasi Pusat Beli-Belah pada majlis Anugerah BrandLaureate 2012/2013 yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Pengurus Besar JPO, Jean Marie Pin Harry berkata, pihaknya memenangi anugerah tersebut bagi kategori Penjenamaan Korporat sekali gus sebagai satu penghormatan kepada pelanggan JPO yang mengalami pengalaman membeli-belah yang unik, tersendiri serta menikmati pelbagai ganjaran.

Katanya, anugerah berprestij berkenaan diberikan kepada jenama-jenama terkenal dalam sesebuah industri dan juga pemimpin dalam pasaran tersebut.

"Kategori yang diberikan kepada Johor Premium Outlets adalah anugerah khas yang diberikan kepada pusat beli belah ini. Kami amat berbesar hati dan merupakan satu kejayaan besar bagi JPO.

"Ini merupakan satu pengesahan terhadap kepelbagaian jenama-jenama pereka terkemuka dan berkualiti di JPO yang menawarkan penjimatan hebat, di samping mengesahkan lagi kedudukan kami sebagai destinasi gedung beli-belah terulung di rantau ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment