![]() |
| Mohd. Hairulnizam |
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki berusia 20-an dan berasal dari negeri ini dikatakan menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Polis sedang memburu suspek utama yang dipercayai mencederakan pemuda itu sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia dan kita percaya dia akan ditahan tidak lama lagi.
Buat masa ini kita masih menyiasat punca dan motif serangan tersebut serta merayu sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat supaya segera menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan sekumpulan sahabat yang berhibur di sebuah pusat karaoke di Terminal 2 terperanjat apabila mendapati salah seorang rakan mereka mati dalam keadaan bersandar di pintu keluar premis tersebut dengan kesan kelar.
Mohd. Hairulnizam Hanafiah, 23, ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 3 pagi selepas mangsa dikatakan terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan samseng di pusat hiburan tersebut.
Sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh rakannya, empat lelaki dan tiga wanita, datang ke premis berkenaan pada pukul 12 tengah malam untuk berhibur.
Difahamkan mereka menempah dua bilik berasingan dan bersebelahan di pusat hiburan berkenaan sebelum salah seorang rakan perempuan mangsa yang berada di bilik lain terdengar bunyi kecoh seperti mangsa sedang bergaduh.
Mohd. Hairulnizam dijumpai bersandar di pintu keluar premis tersebut dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa dihantar Hospital Tuanku Jaafar untuk menerima rawatan namun dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment