My Add

Saturday, 18 May 2013

Pas lapang dada terima keputusan PRU-13

KOTA BHARU, JUMAAT, 17 Mei, 2013: Ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila terus mengajak rakyat berdemontrasi, Pas pula dengan berlapang dada akur dan menerima keputusan rakyat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.

"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya, sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya betul-betul bersedia,'' katanya dalam ceramah perdana di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Sejak minggu lalu, Anwar terus menghasut rakyat mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu dengan sebahagian besar disertai generasi muda Cina.

Ketika Anwar masih tidak reda dengan ketentuan Allah setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri, pemimpin Pas antaranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr. Haron Din menerima keputusan rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment