![]() |
*ZAHID Hamidi berganding tangan bersama (dari kiri) Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja pertama beliau ke Jabatan Imigresen selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA |
Beliau berkata, penahanan tersebut berada di bawah bidang tugas polis dan beliau tidak campur tangan.
Ditanya sama ada polis akan menahan ramai lagi dalam masa terdekat, beliau berkata, terserah kepada polis untuk berbuat demikian.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pendaftaran Negara di sini, hari ini.
Sementara itu, pada sidang polis hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan Tamrin, Tian Chua dan Haris tengah hari tadi mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Isnin lalu, Ahmad Zahid mengingatkan semua pihak polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang didapati cuba menjejaskan ketenteraman awam.
Beliau juga memberi jaminan semua ketua jabatan di bawah kementeriannya termasuk ketua polis negara mempunyai kuasa penuh untuk bertindak mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment