![]() |
*NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang (dua, kiri) bersama Presiden Solidariti Mahasiswa, Safwan An**ang (dua, kanan) ketika hadir ke Mahkamah berhubung dakwaan mengikut Akta Hasutan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA |
KUALA LUMPUR 29 Mei - Empat aktivis propembangkang termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, 13 Mei lalu.
Selain Tian Chua, tiga lagi yang didakwa ialah peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim; ahli Pas, Tamrin Abdul Ghafar dan penyokong pembangkang, Muhammad Safwan Anang.
Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment