Warga China didenda RM10,000 jual DVD tanpa kebenaran, sijil
IPOH, SELASA, 21 Mei, 2013: Seorang wanita warga China didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan menjual DVD tanpa kebenaran dan sijil B.
Huang Liangying, 44, didakwa melakukan perbuatan itu ketika ditangkap di pasar pagi, dataran niaga Jalan Sari Cempaka di sini pada jam 9.45 pagi pada 15 Mei lalu.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab turut mengenakan hukuman penjara 20 bulan kepada tertuduh jika gagal membayar denda berkenaan. - BH
No comments:
Post a Comment