Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
PASIR MAS, SABTU, 01 Jun, 2013: Sekumpulan perompak telah melarikan wang berjumlah lebih RM200,000 dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Bank Islam bersebelahan Bangunan Tabung Haji Pasir Mas di sini awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, kejadian tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis pada pukul 8.30 pagi ini.
"Polis menerima aduan pada pukul 8.30 pagi daripada orang awam menyatakan mesin ATM di situ telah dipecah dan pihak polis segera ke tempat kejadian.
"Siasatan kita mendapati mesin telah dipecahkan dengan menggunakan api gas oxy (Oxy-Acetylene) berdasarkan kesannya. Penjenayah berjaya melarikan wang sebanyak RM217,950," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment