My Add

Friday, 28 June 2013

Devamany dilantik Speaker DUN Perak

IPOH, JUMAAT, 28 Jun, 2013: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkuatkuasa hari ini.

Pemilihan Devamany dibuat secara pengundian dengan beliau memperolehi 31 undi berbanding calon pembangkang, V. Sivakumar yang mendapat 28 undi.

Pencalonan Devamany, 56, bagi menggantikan Datuk R. Ganesan dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir manakala pencalonan Sivakumar dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Abu Bakar Hussian. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment