![]() |
* HARUN Idrus menunjukan wang palsu yang dirampas daripada dua suspek yang mencetaknya sendiri, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah, di Muar hari ini. - UTUSAN |
Ketua Polis daerah, Supritendan Harun Idris berkata, dalam tangkapan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun ketika sedang mengisi minyak motosikal di sebuah stesen minyak di Tanjung Agas, dekat sini.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, polis menemui sejumlah wang kertas dipercayai palsu bernilai RM22,576 dalam beg sandang yang dibawanya.
"Suspek berasal dari Sungai Mati dan bekerja sebagai buruh dipercayai mahu mengedarkan wang tersebut kepada pelanggannya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini hari ini.
Susulan tangkapan pertama itu, pihaknya kemudian berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 23 tahun di rumahnya di Muar yang bekerja sebagai pembantu kedai gambar.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui wang kertas dipercayai palsu berjumlah RM2,010 yang disembunyikan di rumah berkenaan.
"Kita turut menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencetak wang palsu tersebut seperti mesin pencetak, dua set komputer, kertas A4 dan pisau. Mereka adalah rakan dan dipercayai baru enam bulan aktif dalam kegiatan itu," katanya.
Menurutnya, pihak Bank Negara turut mengesahkan wang yang dirampas daripada kedua-dua suspek adalah palsu dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengetahui tujuan percetakan itu sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment