![]() |
* KEADAAN udara di sekitar ibu negara semakin baik apabila catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras sederhana, seperti yang dirakam dari Hotel Sunway Putra, Petaling Jaya kira-kira pukul 1.30 petang ini. - UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL |
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Nilai berada pada paras 150 sejak pukul 12 tengah hari sehingga pukul 5 petang.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya kualiti udara di seluruh negara semakin baik apabila setakat 5 petang ini hanya Nilai, Bukit Rambai dan Bandar Raya Melaka sahaja mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
Bacaan IPU di Nilai ialah 153, Bukit Rambai (107) dan Bandar Raya Melaka (101) manakala Seremban adalah kawasan terbaru yang turun ke paras sederhana (100) berbanding sejam lalu. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment