Hotel disamun 6 lelaki bersenjata parang
KUANTAN, SELASA, 18 Jun, 2013: Sebuah hotel bajet di Jalan Bukit Ubi di sini kerugian RM1,400 selepas disamun enam lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, ketika kejadian 7.11 pagi itu, seorang pekerja hotel berusia 30 tahun sedang bertugas di kaunter hotel berkenaan.
"Keenam-enam suspek yang memakai topeng meluru masuk sebelum dua daripada mereka bertindak mengacukan parang ke arah pekerja lelaki itu.
"Seorang lagi suspek bertindak mencabut wayar kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan sebelum merampas wang tunai RM1,400 di laci kaunter," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau kesemua lelaki itu kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah kereta. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment