My Add

Thursday, 27 June 2013

Indeks keyakinan pelabur naik 11.9 mata pada Jun

SINGAPURA, RABU, 26 Jun, 2013: Indeks Keyakinan Pelabur Global (ICI) naik 11.9 mata kepada 106.8 pada Jun 2013, daripada bacaan yang disemak semula iaitu 94.9 pada Mei, State Street Global Markets, cabang penyelidikan dan dagangan pelaburan State Street Corporation.

Kenaikan itu didorong peningkatan pada kemahuan risiko di kalangan pelabur Amerika Utara, seperti yang ditunjukkan oleh kenaikan 11.4 mata pada ICI Amerika kepada 114.0 daripada paras 102.6 pada Mei.

Keyakinan juga meningkat di kalangan institusi Eropah dan Asia, dengan ICI Eropah naik 4.7 mata kepada 98.4 daripada 93.7 pada Mei dan ICI Asia naik kepada 89.1 daripada bacaan Mei pada 86.0.

ICI State Street dibangunkan oleh profesor Universiti Harvard Kenneth Froot dan Paul O'Connell dari State Street Associates.

Ia mengukur keyakinan atau kemahuan risiko pelabur secara kuantitatif dengan menganalisis corak belian dan jualan sebenar pelabur institusi.

Bercakap mengenai indeks tersebut, Froot berkata: "Kenaikan rancak pada angka ICI Global menunjukkan pelabur institusi mengambil kedudukan berlawanan pada bulan itu.

"Kami melihat penjualan ekuiti AS, belian ekuiti Eropah, dan pembelian ketara ekuiti Pasaran Pesat Membangun.

Secara keseluruhannya, kata beliau, data itu menunjukkan bahawa pelabur institusi sedia mengambil bahagian berlawanan dalam pergerakan harga ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment