Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Jun, 2013: Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) mendesak polis dan Kementerian Pendidikan mengambil tindakan paling tegas terhadap seorang guru Cina di sebuah sekolah di Gelang Patah, Johor yang didakwa bersikap perkauman.
Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, pihak berkuasa tidak boleh berkompromi dalam isu membabitkan perkauman dan sikap yang ditunjukkan guru berkenaan cukup mengecewakan kerana memberi kesan negatif kepada para pelajar.
Beliau berkata, Jati difahamkan guru itu bukan sahaja mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kebencian terhadap kaum tertentu, malah menghasut para pelajar membenci sistem pentadbiran negara.
"Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian serius terhadap isu ini dan mengambil tindakan segera yang tegas terhadap guru berkenaan supaya menjadi teladan kepada pihak lain.
"Mungkin juga wajar dipertimbang penubuhan pasukan khas di Kementerian Pendidikan bertujuan menerima aduan, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap insiden seperti ini termasuk di sekolah-sekolah vernakular," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, seorang ibu di Gelang Patah membuat laporan polis terhadap seorang guru selepas menerima aduan daripada anaknya guru berkenaan terlalu bersikap perkauman dan menghasut pelajar Melayu membenci kerajaan.
Dakwa ibu berkenaan, antara perkataan yang digunakan guru terbabit adalah 'kerajaan bodoh', 'kerajaan lembu' dan 'kerajaan babi sebab diketuai oleh orang Melayu'.
Selain itu, guru terbabit juga sering memanggil pelajar Melayu dengan panggilan 'Melayu bodoh', 'Melayu babi', 'Melayu bangang' dan 'Melayu sial'.
Menurut Hasan, Jati turut diberitahu polis telah mengambil tindakan sewajarnya berikutan laporan yang dibuat ibu pelajar terbabit.
"Namun, kadang-kadang timbul kesangsian dalam kalangan rakyat berdasarkan insiden lalu yang ditangani tanpa penghujungnya.
"Berikutan itu, tindakan yang diambil dilihat seolah-olah atas sebab-sebab yang sukar dimengertikan. Tindakan tegas yang diharapkan selalunya tidak menjadi kenyataan," katanya.
Beliau berkata, Jati turut difahamkan insiden itu berlaku berulang kali sebelum ini tetapi tidak mendapat reaksi sewajarnya daripada pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran.
Dalam masa sama, beliau menyeru ibu bapa dan pelajar sekolah di semua peringkat sentiasa peka terhadap isu itu dan segera tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa termasuk polis supaya dapat ditangani dengan sewajarnya.
Tindakan serupa, tambahnya, perlu diambil terhadap kumpulan tentera siber, Red Bean Army yang sering menyentuh mengenai hubungan kaum di negara ini menerusi blog-blog popular mereka sejak enam tahun lalu.
"Sebahagian kita yang biasa melayari blog, Facebook, Twitter dan pelbagai rangkaian dunia siber lain akan bersetuju apa yang berlaku selama ini seolah-olah pihak berkuasa tidak mempunyai taring dan tidak dapat melakukan sesuatu hingga terpaksa membiarkan keadaan menjadi semakin parah," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment