![]() |
* BACAANIndeks Pencemaran Udara (IPU) baik dan sederhana dicatatkan hari ini. Info lanjut layari Jabatan Alam Sekitar |
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya, Nilai di Negeri Sembilan, satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan 113 iaitu paras tidak sihat malam semalam, menurun ke paras sederhana iaitu 72 pagi ini.
Antara kawasan yang berada di paras baik ialah Muar (47), Alor Setar (35), Kota Baharu (27), Seri Manjung (50), Kota Kinabalu (47), Kuching (50), Batu Muda (43) dan Cheras (50).
Kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Putrajaya (52), Pelabuhan Klang (54), Banting (62), Balok Baru di Kuantan (73), Bukit Rambai (72) dan Kota Tinggi (93).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment