My Add

Wednesday, 19 June 2013

Mahkamah Koroner ditubuh tangani kes kematian tahanan

* AHMAD Zahid Hamidi (tengah) berseloroh dengan wartawan sehingga mengundang tawa Nancy Syukri dan Paul Low (kanan) selepas sidang akhbar pascakabinet di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN
PUTRAJAYA, RABU, 19 Jun, 2013: Kabinet hari ini meluluskan untuk mewujudkan sebuah Mahkamah Koroner di setiap negeri dalam masa terdekat bagi menangani kes kematian dalam tahanan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri berkata, mahkamah tersebut akan diketuai seorang koroner yang dilantik dalam kalangan majestrit berpangkat Jusa C serta dibantu seorang pegawai perubatan forensik.

"Kita telah mendapat kelulusan Kabinet tadi untuk laksana secepat mungkin kerana ini merupakan cara paling efektif untuk menangani kes kematian dalam tahanan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar bersama-sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment