My Add

Friday, 28 June 2013

Mengaku tak salah anjur perhimpunan haram

KLANG, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Penyelaras Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram pada 16 Jun lalu.

Lelaki itu yang bekerja sendiri didakwa sebagai penganjur perhimpunan haram Blackout 505 dengan tidak memberikan notis kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh sepuluh hari sebelum program tersebut diadakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Dataran Tembak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam pada pukul 9 malam, 18 Jun lalu.

Azhar yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM15,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail mencadangkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin atas alasan kesalahan yang dilakukan serius.

Azhar merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana dia telah memberi kerjasama kepada pihak polis.

Hakim Tasnim Abu Bakar membebaskan Azhar dengan ikat jamin RM4,000 beserta seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai depan bagi sebutan semula kes. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment