My Add

Thursday, 27 June 2013

Myanmar, Thailand musnah dadah RM1.2 bilion

YANGON, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Pihak berkuasa Myanmar dan Thailand, semalam memusnahkan dadah bernilai AS$400 juta (RM1.2 bilion) sebagai usaha membersihkan nama kedua-dua negara yang dilabel sebagai pusat penyeludupan barangan terlarang itu.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand dalam kenyataannya berkata, kira-kira 30 juta pil methamphetamine, hampir 300 kilogram syabu dan 125 kilogram heroin dibakar di sebuah taman industri di bandar Ayutthaya.

Jelas kementerian berkenaan, kesemua dadah yang dirampas dan dimusnahkan itu dianggarkan bernilai AS$320 juta (RM1.02 bilion) dengan berat lebih 2,500 kilogram.

Sementara itu di Myanmar, pihak berkuasa membakar lebih 800,000 pil dan setengah tan heroin serta candu bernilai kira-kira AS$76 juta (RM242.7 juta).

Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Myanmar merupakan negara kedua terbesar menghasilkan candu selepas Afghanistan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment