My Add

Thursday, 27 June 2013

Penduduk Kuching terjejas bekalan elektrik terputus

KUCHING, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Kira-kira 600,000 penduduk terjejas apabila seluruh bahagian ini mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 5.40 petang ini.

Kejadian tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk serta menjejaskan operasi premis-premis perniagaan.

Difahamkan kejadian sama turut berlaku di sekitar Bintulu.

Menurut wakil Sarawak Energy Berhad (SEB), kejadian dipercayai berlaku selepas sistem rangkaian kuasa grid di Stesen Janakuasa Kemena Tolak-Bintulu terputus. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment