Pengurusan kes 4 kerusi Parlimen Selangor 5 Julai
SHAH ALAM, JUMAAT, 27 Jun, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Julai depan bagi pengurusan kes petisyen yang difailkan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 membabitkan empat kerusi Parlimen di Selangor.
Hakim Datuk Zaleha Yusof menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes bagi petisyen yang difailkan oleh empat individu termasuk calon Pas dan Barisan Nasional (BN) pada 20 Jun lalu terhadap keputusan bagi Parlimen Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Sungai Besar.
Calon Pas Kuala Selangor, Muhmmad Rashid Mummad Kassim menamakan calon BN, Datuk Irmohizam Ibrahim, pengawai pengurus pilihan raya bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Selangor, Noraini Roslan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pihak responden.
Mat Ismail Nasir (Sungai Besar) pula menamakan calon BN, Noriah Kasnon, pengawai pengurus pilihan raya ba hagian Pilihan Raya Parlimen Sungai Besar, Mohd. Zainal Mohd. Nor dan SPR sebagai responden.
Dr. Abdul Aziz Bari (Sabak Bernam) menamakan calon BN, Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh, pengawai pengurus pilihan raya bahagian Pilihan Raya Parlimen Sabak Bernam dan SPR sebagai responden.
Latif Wagiman iaitu Ahli Jawatankuasa Persatuan Kon traktor Melayu Selangor menamakan pengawai pengurus pilihan raya bahagian Pilihan Raya Parlimen Sepang, Haris Kasim dan SPR sebagai responden.
Muhmmad Rashid dan Mat Ismail diwakili firma guaman Mazwan & Nasar, Dr. Abdul Aziz diwakili firma guaman Govindasamy & Pek manakala Latif oleh Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment