Penjenayah larikan mesin ATM di Taman Desa Cemerlang
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Sekumpulan penjenayah melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Taman Desa Cemerlang di sini awal pagi ini dengan menariknya mengguna sebuah pacuan empat roda.
Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, polis sudah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.
Katanya polis sedang menyiasat jumlah wang yang ada dalam mesin ATM itu dan juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.
Beliau berkata polis percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kejadian sama di sebuah bank di Taman Daya pada kira-kira 4 pagi semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian itu penjenayah gagal melarikan mesin ATM selepas penggera keselamatan berbunyi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi talian hotline Polis Johor 07-2212999 atau mana-mana balai polis. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment