My Add

Thursday, 20 June 2013

Terima realiti Terengganu negeri ke-11 termiskin

KUALA TERENGGANU, RABU, 19 Jun, 2013: Terengganu kini menduduki tangga ke-11 dalam kalangan negeri termiskin di negara ini berdasarkan statistik terbaharu yang dikeluarkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pencapaian tersebut adalah baik untuk negeri ini berbanding tahun sebelumnya.

"Saya difahamkan, Terengganu telah melonjak dua anak tangga daripada sebelumnya dan kalau dilihat dari segi sejarah iaitu semasa kita capai kemerdekaan pada tahun 1957, kadar kemiskinan di negeri ini ialah 89.9 peratus.

"Ini adalah realiti dari segi sejarah," katanya ketika sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu tanda tangan wakil pembangkang yang kononnya 'tidak laku' dan tidak diterima tidak sepatutnya timbul ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini.

"Sebenarnya, samalah macam masa dia (Pas) perintah Terengganu dulu. Itu normal. Parti yang memerintah mesti mengutamakan pengikut dia terlebih dahulu. Tengoklah, kalau layak tak ada sebab untuk tidak diterima," ujar beliau.

Terdahulu semasa sesi perbahasan, beberapa wakil pembangkang meminta kerajaan supaya mengiktiraf tandatangan mereka dalam sebarang urusan sokongan dan pengesahan yang memohon bantuan kerajaan.

Salah seorang daripada mereka, Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) dalam perbahasannya mencadangkan supaya proses permohonan termasuk bagi mendapatkan bantuan pendidikan dirujuk terus kepada agensi berkaitan tanpa perlu pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan ampung dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagaimana kelaziman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment