My Add

Friday 26 July 2013

150,000 Skuad Pengguna diaktifkan pantau peniaga

KUALA PILAH, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Lebih 150,000 anggota Skuad Pengguna di seluruh negara akan digerakkan bagi memantau aktiviti perniagaan tidak beretika semasa penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP), tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malik berkata, skuad berkenaan akan membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan, mulai hari ini sehingga 11 Ogos.

"Selain melapor trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan, skuad ini juga bertindak menyebarkan maklumat dan mendidik pengguna mengenai isu kepenggunaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Taman Desa Anggerik, Juasseh dekat sini, malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment