My Add

Tuesday 30 July 2013

Polis dapat petunjuk baru kes tembak di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 30 Julai, 2013: Polis mendapat maklumat dan petunjuk baharu bagi membantu siasatan beberapa kejadian tembak di negeri ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Superitendan Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

"Menerusi pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes-kes tembakan di negeri ini, kami berjaya memperoleh maklumat baharu yang dipercayai dapat membantu siasatan.

"Tetapi saya tidak boleh dedahkannya kerana bimbang ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beberapa kejadian tembakan dilapor di Pulau Pinang sejak sebulan lepas dan terbaharu seorang lelaki berusia 30 tahun cedera parah selepas ditembak lelaki tidak dikenali di Jalan Mengkuang, di sini, semalam.

Mengenai kejadian itu, Mazlan berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh mangsa ditembak ketika berada di dalam kereta menunggu rakannya di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di persimpangan empat berkenaan.

"Mangsa menaiki kereta itu bersama adiknya. Kejadian berlaku dengan pantas dan dia gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal dinaiki dua lelaki yang menembaknya," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu kerana dendam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment