My Add

Wednesday 31 July 2013

Courts Malaysia mohon maaf

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Courts Malaysia memohon maaf kepada semua pihak terutamanya umat Islam di negara ini ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik.

Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Allard Sjollema berkata, pihaknya berterima kasih atas maklum balas dan teguran daripada pelbagai pihak yang membantu membawa perhatian syarikat atas penggunaan kaligrafi yang berlaku secara tidak sengaja di dalam risalah tersebut.

"Berlandaskan maklum balas dan teguran tersebut, Courts Malaysia setulus-tulusnya memohon maaf kepada semua pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan Courts telah mengambil tindakan drastik menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.

Tambah beliau, pihaknya langsung tidak berniat untuk menyalahguna atau menyinggung mana-mana pihak berhubung perkara tersebut. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment