My Add

Wednesday 31 July 2013

Ibu bapa perlu ikut prosedur

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Ibu bapa seharusnya bertindak secara profesional dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan sekolah mengenai sesuatu perkara.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Hussein Mohd. Ariff berkata, mereka boleh merujuk kepada PIBG terlebih dahulu sebelum memanjangkan masalah yang dihadapi kepada pihak sekolah.

"Terdapat sesetengah perkara, keputusan dibuat secara bersama oleh PIBG dan sekolah. Jadi kalau ada sebarang rasa tidak puas hati tentang sesuatu, rujuklah PIBG dahulu kerana kita mungkin ada penjelasannya," katanya dalam sidang akhbar selepas menerima lawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar ke SK Seri Pristana dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim: Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mahmud Karim serta Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd. Noor.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang penjaga murid di sekolah tersebut yang memuat naik gambar murid bukan Islam makan di dalam bilik persalinan ke laman Facebook sehingga mencetuskan polemik kaum.

Sementara itu, Irmohizam menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada pihak sekolah bagi membantu menampung kos pembesaran kantin yang sedang dilakukan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment