My Add

Wednesday 31 July 2013

Jenazah Hussain selamat dikebumikan

 KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Jenazah Pengasas Kumpulan Perbankan Arab - Malaysia, Hussain Ahmad Najadi, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham disemadikan pada pukul 10 malam selepas disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kira-kira 30 ahli keluarga dan sanak saudara hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuan, 49, yang turut tercedera dalam kejadian tembak kelmarin turut hadir berkerusi roda di tanah perkuburan.

Antara orang kenamaan yang hadir ialah Bekas Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment