My Add

Tuesday 30 July 2013

Hukuman penjara wanita campak bayi dikurangkan ke 5 tahun

SHAH ALAM, SELASA, 30 Julai, 2013: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun ke lima tahun, terhadap seorang wanita didapati bersalah mencampakkan bayinya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Asnawi, membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan perayu, Noor Atikah Kamorolzaman dan responden, Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan dan keterangan perayu bahawa dia mengalami Kecaluran Mental Selepas Trauma (PTSD) dan hukuman yang dikenakan sebelum ini adalah keterlaluan. - BH

No comments:

Post a Comment