Persenda Islam: Jangan sampai cetus ketegangan - TPM
PUTRAJAYA, SELASA, 30 Julai, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap gejala buruk menghina agama Islam yang sedang melanda masyarakat di negara ini tidak sampai ke tahap tercetusnya situasi kacau-bilau seperti yang berlaku di sesetengah negara Islam termasuk Syria dan Mesir.
Beliau berkata, tindakan menghina agama Islam sudah mula berlaku dalam masyarakat dan hal sedemikian menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian mendalam tentang keharmonian berasaskan agama dan kaum di negara ini.
Tegasnya, apa yang berlaku di Malaysia ialah penganut agama Islam tidak mempersendakan agama lain, namun di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam ini, orang bukan Islam memperlekeh dan mempersendakan Islam.
"Ini telah mengganggu ketenteraman jiwa masyarakat Islam dalam negara kita, adakah ini manifestasi dan tanggapan sesetengah pihak bahawa kita ini lemah, mudah diperkotak-katikkan atau pun tidak tegas dan berani untuk bertindak ke atas perkara yang mencemarkan kesucian agama kita.
"Atau sengaja mereka ini adalah orang yang bodoh dan tidak faham dengan nilai agama dan kehormatan kepada agama lain, apa yang berlaku kepada agama Islam di Malaysia ialah penganut Islam tidak mempersendakan agama Kristian, Hindu dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ke tika berucap dalam majlis ber buka puasa bersama 70 anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari anjuran Eden Inc. Berhad di Pusat Konvensyen Antara bangsa Putrajaya di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment