My Add

Wednesday 31 July 2013

99 pemuzik jalanan Malaysia tuntut pampasan

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Seramai 99 pemuzik jalanan hari ini tampil mengemukakan tuntutan pampasan terhadap Presiden Malaysian Buskers Club (Mybc), Wady Hamdan selaku pihak penganjur untuk menyertai World Art Games di Zagreb, Croatia pada penghujung Jun lalu.

Bekas setiausaha Mybc, Mahathir Abdul Rahim, 42, selaku wakil pemuzik terlibat berkata, kesemua pemuzik jalanan yang terlibat telah kehilangan mata pencarian selama dua bulan untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Wady berjanji memberi elaun RM5,000 seorang atas penyertaan mereka, tapi setelah dua bulan, baru kami tahu telah ditipu.

"Kami menuntut daripada dia selaku pihak penganjur wang pampasan sebanyak RM3,000 untuk setiap pemuzik yang teraniaya," katanya dalam satu majlis sidang akhbar.

Turut menghadiri sidang akhbar tersebut termasuklah pihak daripada Persatuan Karyawan Malaysia. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment