My Add

Wednesday 31 July 2013

Ops Selamat ke-3 dilancar sempena Aidilfitri

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Ops Selamat ke-3 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selama 15 hari bermula 1 Ogos ini.

Pelancaran majlis itu disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Pusat Beli-belah Sunway Pyramid, Sunway dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, PDRM turut mengumumkan talian bebas tol Ops Selamat 1800-88-1412 bagi orang ramai melaporkan kesesakan, kemalangan, mendapatkan bantuan trafik serta sebarang kejadian pecah rumah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment