My Add

Tuesday 30 July 2013

Mahkamah kembalikan jawatan Inspektor Satar Jaafar

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, SELASA, 30 Julai, 2013: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang dipecat sembilan tahun lalu, mendapat hadiah Hari Raya paling berharga apabila Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan agar dia dimasukkan semula dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak permohonan pihak kerajaan untuk mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pemohon perlu berlaku adil kepada Sattar Jaafar, 42, jika ingin mengambil tindakan terhadapnya berhubung pembatalan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepadanya.

Pemohon-pemohon yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Tata Tertib Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia dan dua lagi diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan manakala Sattar diwakili oleh peguam G. Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir. - UTUSAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment