My Add

Tuesday 30 July 2013

PERKESO bayar pampasan RM2 bilion tahun lalu: Ismail

KUANTAN, SELASA, 30 Julai, 2013: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan RM2 bilion kepada pencarum di seluruh negara tahun lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata, pampasan itu dibayar kepada pencarum yang terbabit kemalangan dan pemeriksaan di tempat kerja perlu sentiasa dibuat bagi mengurangkan risiko kemalangan.

"Dengan cara ini, ia mungkin dapat mengurangkan kehilangan tenaga pekerja mahir dari pelbagai sektor," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek dan Peralatan Pemulihan Sempena Hari Raya kepada 24 penerima berjumlah RM300,379.32 di sini, hari ini.

Beliau berkata, lebih 63,000 anggota perkhidmatan awam bertaraf sementara dan kontrak kini layak mencarum dalam skim PERKESO mulai 1 Jun lalu.

"Nasib mereka kini lebih terbela dan mereka tidak lagi perlu bimbang apabila dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit kemalangan atau musibah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment